04 November 2011

Masa Terbaik Membeli Emas

Assalamualaikum & Salam Keemasan

Hari ni saya nak paparkan beberapa graf tentang turun naik harga emas. Graf di bawah adalah berdasarkan USD/oz. 1 oz bersamaan 31.1034768 gram.
Sebelum tu, saya nak paparkan satu graf yang amat memberi kesan kepada pelabur dan bakal pelabur emas. Lihat di bawah.

Graf ini menunjukkan peningkatan harga emas dari Januari 09 sehingga Disember 09. Dalam setahun sahaja, emas mampu memberikan kenaikan sehingga 37%. Sesapa yang beli pada Januari 09 dan menjual pada Disember 09, maka nikmatilah kuasa emas tu.

Catatan tertinggi sepanjang 30 hari dan sepanjang 20 tahun bermula 1973 adalah USD 1217.40. Setelah mencapai ketinggian tersebut, maka mulalah nak menurun. Untuk pengetahuan anda, nilai USD adalah berlawanan dengan nilai emas. Sekiranya harga emas naik, ini menandakan nilai USD akan menurun dan sebaliknya. Khabar yang saya dapat, penurunan harga emas ni sebab US berjaya menaikkan nilai dolar mereka dengan berbagai cara dan program. Usaha ini dilakukan agar semua umat manusia di dunia ni tidak dapat mengatakan bahawa nilai USD semakin melemah atau nilai USD tak dapat melawan nilai emas.

Menurut tok guru emas saya, penurunan ini dipanggil correction price. Maksudnya sebelum dia nak naik lagi, perlu ada correction price. Bagi agen dan penggila emas, waktu correction price adalah waktu yang sangat berharga dan bernilai untuk topup aset emas.

Graf di atas adalah bacaan dalam 6 bulan. Pada bulan Mei, sudah ada khabar angin yang cukup digembar-gemburkan samada di blog atau di forum tentang kenaikan tertinggi emas boleh mencecah sehingga USD 1200 pada hujung tahun. Pada waktu ini saya baru mengenali emas melalui blog jutawanemas.com. Ketika mula membaca khabar angin ini, pada saya, ia adalah propaganda internet sahaja. Namun, khabar angin ini rupanya didasarkan pada analisa yang mendalam dan jitu dan akhirnya khabar angin ini menjadi khabar gembira untuk mereka yang yakin pada analisa ini.

Graf di atas adalah bacaan dalam 1 tahun.

Graf di atas adalah bacaan dalam 2 tahun.


Graf di atas adalah bacaan dalam 10 tahun.

So kepada sesiapa yang sudah membeli dan menyimpan emas, jangan takut dan jangan bimbang, turun naik emas adalah perkara biasa, yang pasti dia akan naik semula dan memberi keuntungan lumayan kepada semua...

Dan kepada yang masih belum memilik dan menyimpan emas, jangan tunggu lagi call cg shafie 012 9581720 untuk mendapatkan stok emas BC Gold Amanah 5g dan 10g.
Kawasan chukai kemaman sahaja.
sekian, wassalam

copy from simpanemaspublicgold.com

20 Mac 2010

Perniagaan emas makin berkembang pesat di Gaza



Bazar menjual emas di Gaza penuh sesak dengan pengantin perempuan yang keluar membeli barang kemas sempena majlis perkahwinan masing-masing walaupun ekonomi di wilayah itu terjejas teruk akibat sekatan Israel.

Perniagaan emas di bazar itu berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu berikutan kempen Hamas yang menggalakkan perkahwinan dalam kalangan belia Palestin.

Di sebalik pelbagai kesulitan dan kemelut ekonomi di Gaza, emas kini menjadi pelaburan menarik kepada penduduk dan peniaga di wilayah berkenaan.

"Kami bukan saja tidak terjejas akibat sekatan Israel tetapi perniagaan kami menjadi lebih baik," kata peniaga emas, Iyad Basal.

"Kami tidak berhenti bekerja sejak sekatan dikenakan kerana kami memperoleh emas menerusi penyeludupan selain dibantu kempen kerajaan Hamas yang menggalakkan perkahwinan," katanya.

Israel dan Mesir menutup sempadan Gaza sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.

Namun, sekatan itu tidak banyak menjejaskan peniaga-peniaga di Gaza.

Malah, perniagaan mereka berkembang maju hasil import produk menerusi terowong penyeludupan yang merentasi sempadan Mesir.

Beberapa peniaga memperoleh batu permata yang dibawa dari sempadan Erez dengan Israel.

Sempadan tersebut biasanya dibuka kepada wartawan-wartawan asing, petugas bantuan dan rakyat Palestin yang memiliki permit khas.

Hamas menggalakkan perkahwinan dengan menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran.

Ia turut melancarkan khidmat mencari jodoh kepada balu-balu perang dan gadis-gadis miskin selain memberi bantuan kepada beribu-ribu belia Palestin yang berhasrat mendirikan rumah tangga.

Hakim di mahkamah keluarga dikendalikan Hamas, Hassan al-Juju berkata, kadar perkahwinan di Gaza pada 2009 meningkat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Kesan kempen Hamas itu dapat dilihat di Bazar Qaisariya di bandar raya Gaza yang hampir sepanjang hari dipenuhi bakal pengantin.

"Harga emas menjadi mahal tetapi pengantin perempuan tanpa emas akan hilang seri," kata Amal, 25, sambil mencuba rantai emas yang akan dipakainya ketika hari perkahwinan.

Di Gaza, pengantin lelaki secara tradisi akan memberi wang kepada bakal isteri mereka yang sebahagiannya akan dibelanjakan untuk membeli barang kemas.

Dalam Islam, menyediakan jaminan kewangan kepada wanita adalah sebahagian daripada tradisi.

Ketika banyak negara dunia bergelut dengan krisis kewangan, rakyat biasa di Gaza tidak terkecuali beralih kepada emas sebagai bentuk pelaburan selamat dan alternatif kepada bank-bank tempatan yang menghadapi masalah aliran tunai.

"Mereka yang ada wang akan membeli emas kerana mereka tidak dapat memperoleh dan menyimpan wang di bank kerana krisis kecairan," kata seorang peniaga emas yang enggan dikenali.

Seorang lagi peniaga, Mohammed Yunis berkata, jualan emas di kedainya meningkat 20 peratus sepanjang tiga tahun lalu seiring dengan peningkatan tahap keselamatan sejak Gaza dikuasai Hamas.

"Hamas menyediakan jaminan keselamatan sejak mereka menguasai wilayah ini. Jadi, kami tidak lagi bimbang dengan jenayah curi," katanya.

Peniaga-peniaga mengakui harga barang kemas meningkat kerana cukai tinggi yang dikenakan penyeludup.

Namun, kebanyakan pengguna masih sanggup membeli barang kemas walaupun harga emas melonjak sehingga 50 peratus.

"Saya memilih untuk tidak membeli emas sekarang dan menyimpan wang sehingga harga turun sedikit. Tetapi, keluarga saya mendesak saya membelinya sebelum berkahwin," kata seorang bakal pengantin, Nisma.

dr sinarharian....

03 Mac 2010

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas

Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.

Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.

Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.

Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.

Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.

Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.

Di dalam bukunya 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Dr. Mahathir menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8% setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Nilai mata wangnya adalah stabil dan hutang antarabangsanya masih di tahap boleh diuruskan. Justeru Malaysia bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi.

Namun bermula pada Julai 1997, nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh dengan pantas dan pasaran saham menurun ke tahap yang paling rendah. Nilai Ringgi Malaysia terus jatuh tanpa dapat di tahan. Rakyat Malaysia kebingungan dengan situasi ini.

Faktor utama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia adalah berpunca daripada serangan spekulasi daripada peniaga mata wang. Dr. Mahathir menyalahkan para spekulator yang menyumbang kepada penurunan nilai RM sehingga menjejaskan keseluruhan ekonomi negara. Peniaga mata wang menurunkan nilai RM bukan kerana mereka takut nilai mata wang akan menurun sebaliknya mahu mengaut keuntungan dengan menjual mata wang.

Dr. Mahathir faham bahawa nilai mata wang boleh diserang kerana ianya bersandarkan sistem wang fiat. Wang fiat adalah wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak.

Di dalam satu ucapannya, Dr. Mahathir menyebut bahawa wang kertas memperoleh nilainya daripada pengiktirafan kerajaan. Kerajaan yang meletakkan nilai pada wang kertas berkenaan. Contohnya wang kertas RM1 mempunyai nilai kerana kerajaan yang mencetak nilainya di atas wang kertas berkenaan. Jika kerajaan mencetak RM5 atau RM10 ke atas wang kertas berkenaan, nilai kertasnya adalah tetap sama. Pengiktirafan dan jaminan kerajaan yang menyebabkan wang kertas mendapat nilainya.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.

1. Wang kertas tidak mempunyai nilai - ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran.

Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.

Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Persidangan OIC ke 10 - Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.

Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir "... tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan".

Kesan Global.

Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:

1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.

Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).

Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.

Dr. Mahathir di dalam satu sidang medianya selepas merasmikan hari pekerja di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) memberitahu bahawa hasrat Malaysia menggunakan dinar emas di dalam perdagangan antarabangsa tidak hanya terbatas kepada lebih daripada 24 negara yang ia mempunyai perjanjian pembayaran 2 hala (Utusan Malaysia 1/5/2002).

Pada mulanya Malaysia akan cuba untuk melaksanakan penggunaan dinar di dalam lingkungan sebahagian kecil negara sebelum sistem dinar diterima secara meluas sebagai wang perdagangan.

DR PUBLICDINAR

10 Februari 2010

Harga Emas Boleh Mencecah USD2500/oz.

Berikut adalah komen daripada En Rethaudin dalam jutawanemas.com.

Tentang harga emas naik sehingga USD2500 oz mungkin dapat dicapai dalam masa beberapa tahun akan datang.

Pada pendapat saya, terdapat kriteria dan penilaian kenapa ramai melihat harga emas menuju ke arah itu. Antaranya,

1. Harga Emas sebenarnya di tekan oleh badan-badan kewangan utama dunia. Tindakan mereka ini disokong oleh Bank2 Pusat serata dunia. Mengikut analisis sia, harga emas semasa emas sekitar USD3000 t/oz. Contoh paling terkini ialah tindakan IMF menjual emas kepada India sebanyak 200 tan adalah bertujuan utk menurunkan harga emas supaya harga emas dapat dikawal julat kenaikan harga.

2. Pakej Ransangan dan Menyelamat Ekonomi
Ramai di luar sana, mungkin tidak tahu maksud sebenar rancangan ransangan dan menyelamat ekonomi oleh barat. Tujuan sebenar mrk ialah bukanlah menyelamat Bank2, Syarikat Insuran, Syarikat Gergasi. Jika benar mereka nak bantu ekonomi sudah semestinya
syarikat2 yang muflis ni bernyawa semula dengan pakej ransangan. Tetapi sebaliknya berlaku, syarikat gergasi terus tertekan dan muflis. pembuangan pekerja beramai2. Bayangkan USD 700B pakej menyelamat oleh kerajaan Amerika. England Sendiri buat pakej yang sama. Negara2 EU pun bertindak sealiran. Kenapa? Fikir

3. Penurunan Nilai Matawang
Kenapa Amerika, England, dan EU buat pakej ransangan dan menyelamat ekonomi? jawapannya mereka nak kekalkan penggunaan matawang kertas USD, Pound, Euro. Jika mereka buat pakej ransangan ekonomi, maka Fed Reserve, BoE, ECB akan mencetak wang mrk dalam kuantiti yg banyak. Wan tersebut akan digunakan utk menyelamat. Rakyat gembira kerana bantuan dah tiba, hakikatnya terdapat rahsia tersembunyi dari tindakan mereka. Bekalan wang tunai yang banyak dalam pasaran matawang akan menjatuhkan nilai matawang mereka. Matawang yang rendah akan menyebabkan harga logam2 berharga seperti emas, perak dan platinum naik mendadak. Kenapa mereka bertindak begitu? Mereka nak tanam satu persepesi di dalam minda rakyat bhw emas, perak dan platinum adalah mahal. Akibatnya, rakyat tidak membeli emas krn harga yang mahal.

4. Hutang Amerika yg besar
Amerika mempunyai penduduk 300 juta lebih. Banyangkan setiap rakyat amerika berhutang USD1.6 juta sama tua, muda, kanak, bayi, lelaki, perempuan. Hutang yg besar ini dilihat sebagai satu ancaman kepada negara2 ekonomi baru seperti Russia, China, Brazil dan India.

Hutang besar US tidak akan di ambil perhatian oleh mana2 pemimpin Amerika krn mereka sentiasa cetak duit hari2. Timbul persoalan, negara2 spt di atas menyoal amerika kenapa mereka biarkan nilai USD jatuh. Kejatuhan dollar memang di rancang oleh mereka. Tujuannya nak tunjuk pada rakyat bahawa logam2 berharga adalah mahal.

Kesannya, negara2 diatas mula persoalkan peranan USD sebagai matawang dominan. kini mereka mula memulakan langkah perjanjian dua hala dengan negara dagangan mereka dengan tidak menggunakan matawang USD. Sebaliknya mereka menggunakan pelbagai cara antaranya Sistem Barter, guna matawang masing2, dan emas.

Russia, China, India, France dan Jepun bersedia menggunakan cara2 di atas sebagai alternatif. Perubahan negara2 terbabit telah menyebabkan USD jatuh lagi. Emas terus bergaya naik mendadak beberapa minggu yang lalu.

Terima kasih.

07 Februari 2010

Apa jua situasi politik menyimpan emas menguntungkan anda !

Kita ikuti bicara salah seorang pakar pelaburan emas yang sekarang ini bergelar JUTAWAN EMAS di Malaysia - En Syukor Hashim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat. Harga emas turun banyak sekarang. Dalam USD870. Jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli emas. Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!